KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dijangka membuat pengumuman mengenai masa depannya dengan UMNO hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, semalam. Ahmad Zahid berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Dr. Muhamad Akmal bagi membincangkan beberapa isu berbangkit khususnya membabitkan masa depan Ketua Pemuda UMNO tersebut. Katanya, dalam pertemuan itu, beliau telah menitipkan pesanan dan nasihat kepada Ahli Dewan Undangan…










