PETALING JAYA: Lebih 100,000 penghantar makanan atau rider yang beragama Islam di seluruh negara berada dalam dilema kerana ada ketikanya mereka terpaksa menghantar makanan tidak halal kepada pelanggan. Walaupun mereka boleh memilih segmen halal atau regular (biasa) ketika pendaftaran, tetapi keputusan akhir tetap tertakluk kepada penyedia platform berdasarkan keperluan semasa dan lokaliti. Ini menyebabkan ada penghantar beragama Islam yang didaftarkan di segmen regular terpaksa menghantar makanan tidak halal. Walaupun boleh…










