KUALA LUMPUR: Isu rasuah berkaitan menantu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghangatkan perbahasan Dewan Rakyat petang tadi. Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) dalam perbahasannya telah meminta Ahli Parlimen Pagoh itu supaya tidak bersubahat dalam melindungi perasuah dan memaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kalau mengetahui keberadaan menantunya ketika ini. Kenyataan itu menimbulkan kemarahan ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) termasuk Datuk Mas Ermieyati…










