DUNGUN : Seorang lelaki warga emas memohon dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu perempuannya yang berusia lima tahun, minggu lalu. Tertuduh yang berusia 62 tahun membuat permohonan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. Tertuduh yang bekerja sebagai pemotong rumput didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara menyentuh kemaluan mangsa bagi maksud seksual…










