BENARKAH DAP berubah ketika bersama UMNO membentuk Kerajaan Perpaduan? Kepada wartawan Mingguan Malaysia, JOHANNA MUMTAZ WANPA dan FATIN NORIZATI MAT ISA, Bendahari Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin menjelaskan perkara ini termasuk pendirian Pemuda terhadap prestasi kerajaan Madani. UTUSAN: Apa pendirian Pemuda terhadap kerajaan? SHAHRUL NASRUN: Contoh paling ketara iaitu Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang jelas tidak memihak kepada orang Melayu. Sekiranya tiada pemimpin Barisan Nasional (BN) bersuara,…










