PETALING JAYA: Cadangan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berhubung kedudukan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dibuat selepas merujuk Penasihat Undang-Undang Negeri dan bertujuan menyelesaikan isu serta masalah pentadbiran negeri. Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, cadangan itu tidak melibatkan sebarang campur tangan dalam urusan dalaman Pas, sebaliknya tertumpu kepada urusan pentadbiran negeri. Katanya, sebagai saksi pertemuan pemimpin Bersatu dan…










