PETALING JAYA: Keretakan dalam Perikatan Nasional (PN) tidak mampu lagi disorokkan oleh Pas atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), susulan kebuntuan hampir sebulan dalam urusan pelantikan Pengerusi yang baharu. Pemimpin kedua-dua parti tidak lagi dilihat berselindung untuk menyindir sesama sendiri, semuanya dilakukan secara terbuka seolah-olah melambangkan hayat gabungan itu tidak akan bertahan lama, selain peranan Bersatu kian disisihkan. Bekas Timbalan Pengerusi Tetap Bersatu, Datuk Hashim Suboh berkata, tidak mustahil Pas…










