PETALING JAYA : Benih tembikai bernilai lebih RM141,000 berjaya dirampas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam pemeriksaan di Zon Bebas Komersial (FCZ), KLIA Kargo, semalam. AKPS memaklumkan rampasan dibuat hasil pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari ke atas satu kiriman barangan (konsainan) yang didapati mengandungi benih tembikai dipercayai dibawa masuk dari Taiwan. Katanya, semakan mendapati maklumat pengimportan tidak selaras dengan butiran dikemukakan dalam Permit Import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin…









