ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pesara pegawai daerah di negeri ini kerana disyaki memberi keterangan bercanggah. Sumber memaklumkan, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu telah ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah, kira-kira pukul 11.30 pagi, semalam. Katanya, suspek berbuat demikian terhadap kes perbicaraan yang membabitkan Ketua Bahagian Kejuruteraan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang telah dituduh pada Disember 2021. Katanya, kes…










