Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri tiba di mahkamah untuk direman

Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri tiba di mahkamah untuk direman

BEKAS Panglima Tentera Darat, dua isteri tiba di mahkamah majistret Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantandan dua isterinya tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya kira-kira pukul 10.02 pagi hari ini bagi proses permohonan reman.

Mereka tiba dengan menaiki dua buah kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga mereka akan direman bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan tender perolehan Tentera Darat.

Bekas pegawai kanan tentera dan dua isterinya itu dilihat memakai baju tahanan lokap SPRM berwarna oren serta bergari.

Raut wajah bekas pegawai tertinggi tentera itu kelihatan tenang dan menundukkan wajah ketika dibawa masuk ke pekarangan mahkamah.

Media sebelum ini melaporkan, bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan dua isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 7 petang tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, turut ditahan dua orang isteri pegawai kanan tentera itu.

Sebelum itu, Hafizuddeain hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 3 petang tadi bagi membantu siasatan mengenai kes tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Hafizuddeain kini sedang disiasat SPRM berhubung dakwaan aliran tunai besar dalam akaun bank miliknya dipercayai membabitkan kes rasuah projek perolehan TDM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN