Bantuan Awal Persekolahan diteruskan hasil kestabilan negara

Bantuan Awal Persekolahan diteruskan hasil kestabilan negara – Saifuddin

SAIFUDDIN Nasution Ismail menyampaikan sumbangan persekolahan pada Majlis Kembali Ke Sekolah Peringkat Puspanita Cawangan KDN di Putrajaya, - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Inisiatif kerajaan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid sekolah tahun ini adalah bukti kestabilan politik dalam negara dan kemakmuran ekonomi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bantuan itu sedikit sebanyak meringankan beban ditanggung ibu bapa terutama ketika awal sesi persekolahan.

“Bantuan RM150 bagi setiap murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6 itu akan disalurkan di sekolah mulai minggu depan,” katanya ketika ditemui selepas menyempurkan program ‘Kembali Ke Sekolah’ anjuran Puspanita Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Katanya, bagi menyokong inisiatif itu, Puspanita KDN turut mengagihkan sumbangan kepada 300 anak-anak warga KDN daripada pelbagai jabatan dan agensi dengan setiap penerima memperoleh barangan kelengkapan sekolah dan wang saku.

Menurutnya, program sumbangan ini digerakkan hasil kerjasama beberapa syarikat swasta dan ia merupakan aktiviti sulung Puspanita KDN tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN