SUBANG JAYA: Bank Rakyat menyalurkan sumbangan baucar barangan kelengkapan sekolah bernilai keseluruhan RM147,000 kepada 1,470 pelajar daripada golongan berpendapatan rendah (B40) yang bakal memulakan sesi persekolahan. Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, setiap pelajar menerima sumbangan baucar bernilai RM100 dan inisiatif itu bertepatan aspirasi bank untuk memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat merentasi pelbagai peringkat usia dan latar belakang. “Ia merupakan manifestasi komitmen berterusan Yayasan Bank…










