Dua ditahan minta RM1 juta sebagai balasan tidak lapor SPRM

Dua ditahan minta RM1 juta sebagai balasan tidak lapor SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua individu termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta daripada pengarah syarikat pembekal pasir sebagai balasan tidak melaporkan perbuatan rasuah syarikat tersebut.

Penahanan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dilakukan secara berasingan antara pukul 2 petang dan 8 malam semalam di sebuah restoran sekitar Pulau Pinang dan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspekterdiri suspek utama yang merupakan individu tidak bekerja dan seorang pengarah urusan syarikat pembekal pasir disyaki melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu.

“Semalam suspek utama telah ditahan melalui satu operasi khas yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM di sebuah restoran di mana tiga keping cek bernilai kira-kira RM1 juta diserahkan kepadanya,” katanya di sini semalam.

Kata sumber, suspek utama turut disyaki mengugut untuk membuat laporan kepada SPRM sekiranya tidak dibayar.

Menurut sumber, SPRM turut menyita beberapa barangan seperti tiga keping cek bernilai kira-kira RM1 juta dan empat unit telefon bimbit dalam operasi sama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya,kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan setakat ini seorang saksi telah diambil keterangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN