KOTA BHARU: Wajah tampan bukan jaminan seseorang pelakon lelaki terus berada di puncak kejayaan, sebaliknya bakat dan kemampuan menjiwai watak menjadi senjata sebenar dalam dunia lakonan. Pelakon, Emma Maembong berkata, industri hiburan tidak seharusnya terikat dengan penilaian rupa semata-mata namun perlu memberi keutamaan kepada mutu lakonan dan kemampuan menyampaikan emosi watak dalam sesebuah karya. “Pendapat saya paras rupa adalah nombor dua dan yang penting ada bakat dalam lakonan. Industri lakonan…










