KUALA LUMPUR: Badan Kehakiman Malaysia menubuhkan Mahkamah Tinggi Khas bagi mendengar perbicaraan kes-kes rasuah termasuk rayuan daripada Mahkamah Sesyen Khas Rasuah. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia memaklumkan, langkah itu sebagai langkah memperkukuh sistem kehakiman negara dan mempercepatkan penyelesaian kes rasuah. “Sebagai permulaan, pelaksanaan inisiatif tersebut akan dimulakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. “Perkara itu susulan rundingan Hakim Besar Malaya bersama Ketua Hakim Negara bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang…










