ART, lori lebih muatan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

ART, lori lebih muatan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mekanismet pelaksanaan smart lane, kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) serta dasar lori lebih muatan antara perkara dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Manndzri Nasib (BN-Tenggara) meminta Menteri Kerja Raya menjelaskan mekanisme pemantauan keselamatan, penguatkuasaan undang-undang serta penggunaan teknologi oleh kementerian bagi memastikan pelaksanaan smart lane tidak meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.

Sementara itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan serta komitmen terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) berbanding negara-negara Asia Tenggara yang masih belum menandatangani atau meratifikasi perjanjian tersebut.

Beliau turut mempersoalkan justifikasi kerajaan untuk meneruskan perjanjian berkenaan walaupun terdapat negara serantau yang memilih untuk tidak berbuat demikian.

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) meminta Menteri Pengangkutan menjelaskan impak sebenar penguatkuasaan serta-merta dasar lori lebih muatan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak Oktober 2025 terhadap rantaian bekalan, kos logistik dan kos sara hidup rakyat.

Beliau juga mempersoalkan sebab penguatkuasaan itu dilaksanakan tanpa tempoh peralihan yang munasabah.

Cha Kee Chin (PH-Rasah) pula meminta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah kenderaan berat yang telah diambil tindakan kerana melebihi muatan semasa operasi khas JPJ pada suku keempat tahun 2025 serta julat peratusan lebihan muatan yang direkodkan sepanjang tempoh operasi tersebut.

Selesai sesi soal jawab lisan, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 20 hingga 3 Mac ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×