Anwar jalani pemeriksaan berkala kesihatan

Anwar jalani pemeriksaan berkala kesihatan

ANWAR Ibrahim (empat dari kiri) menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada tahap memberangsangkan dan membolehkannya meneruskan semua tugasan rasmi.

Pengarah Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Dr. Farique Rizal Abdul Hamid berkata, Perdana Menteri telah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di sini semalam.

“Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen ber­terusan Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara. Ia demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada pasukan perubatan terlibat.

“Alhamdulillah. Terima ka­sih kepada seluruh pasukan perubatan dan warga Hospital Sultan Idris Shah, Serdang,” katanya dalam hantaran Facebook.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN