JOHOR BAHRU: Polis Johor memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan seorang anggota polis menampar seorang individu awam di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, pihaknya memandang serius sebarang salah laku dilakukan pegawai dan anggotanya. Menurut beliau, ketika kejadian anggota terbabit sedang memakai pakaian biasa kerana sedang bercuti. “Polis mengesan satu video tular memaparkan seorang lelaki memakai topi…










