AKPS tahan lelaki Bangladesh guna PLKS palsu

AKPS tahan lelaki Bangladesh guna PLKS palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menahan seorang lelaki warga Bangladesh disyaki menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu ketika cuba berlepas pulang ke Dhaka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Penahanan dibuat kira-kira pukul 4.40 petang di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 ketika pemeriksaan rutin dijalankan.  Lelaki terbabit dijadualkan berlepas pada pukul 7.25 malam menaiki penerbangan AirAsia.

AKPS dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki berusia 39 tahun itu memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (ePass) yang dikepilkan pada pasportnya.

“Bagaimanapun, semakan lanjut mendapati pas berkenaan disyaki palsu,” katanya di sini hari ini.

Tambah AKPS, lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan AKPS KLIA untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang.

“AKPS akan terus memperketat kawalan keselamatan di pintu masuk dan keluar negara bagi memastikan kedaulatan serta keselamatan sempadan Malaysia sentiasa terpelihara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×