Akmal Saleh letak jawatan Exco Melaka

Akmal Saleh letak jawatan Exco Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka bermula minggu depan.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sebentar tadi.

Bagaimanapun beliau memaklumkan tidak akan berundur sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Dr. Muhamad Akmal tidak terheret dengan sebarang tekanan mana-mana pihak dalam menentukan hala tuju politiknya.

Kata beliau, sebarang langkah berkaitan kedudukannya tidak dibuat secara tergesa-gesa tanpa persetujuan dan rundingan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Sama ada beliau akan melepaskan jawatannya atau tidak dijangka hanya akan terjawab pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang bermula hari ini.

Katanya, platform tertinggi parti itu bakal digunakan untuk menjelaskan pendirian rasmi berhubung kedudukannya termasuk khabar angin isu peletakan semua jawatan disandangnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN