PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Bukit Tunku. Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai perancangan serta hala tuju strategik kementerian tersebut. Turut hadir ketua Setiausaha kementerian, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof. Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda…










