Ada syarat jaga dan beri anjing makan
SOALAN
Saya sering melihat di media sosial ada orang Melayu Islam yang membela anjing dan memberi makan dengan menyentuh malah memeluknya haiwan berkenaan. Adakah perbuatan itu dibolehkan?
Daing
Johor Bahru
JAWAPAN
Untuk membela anjing ada syarat-syaratnya iaitu bertujuan penjagaan dan masalahah umum. Janganlah menunjuk dan bermanja-manja dengan anjing yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan masyarakat.
Menyucikan najis di pakaian
SOALAN
Bagaimana caranya hendak menyucikan najis yang kita was-was terkena pada pakaian tetapi tidak nampak najis itu?
karim
Hulu Langat
JAWAPAN
Sekiranya kita syak pada tempat baju yang mana najis berada maka basuhlah keseluruhan baju untuk membuang rasa was-was tersebut.
Puasa tertinggal wajib diqada
SOALAN
Apakah puasa kita dianggap sah bulan Ramadan sedangkan masih ada belum diqada Ramadan sebelumnya?
Murni
Sentul, Kuala Lumpur.
JAWAPAN
Sah puasa kita pada bulan Ramadan selagi tidak melanggar sah puasa. Adapun puasa yang lama boleh diqada selepas berlalu Ramadan kerana puasa yang tertinggal wajib diqada. –UTUSAN
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










