Abu Bakar yakin Exco mampu galas tugas walaupun banyak portfolio - Utusan Malaysia

Abu Bakar yakin Exco mampu galas tugas walaupun banyak portfolio

ABU Bakar Hamzah (tengah) bergambar bersama empat Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah di Istana Arau, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis yang dilantik hari ini dilihat mampu menggalas tugas yang diberikan biar pun mereka terpaksa memegang banyak portfolio. 

Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilantik itu masing-masing memegang empat hingga enam portfolio dalam melancarkan pentadbiran kerajaan negeri. 

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, setiap Exco yang dilantik juga telah bersedia memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan meneruskan gerak kerja terdahulu.

“Saya yakin mereka berempat (ADUN Bersatu) dapat menjalankan amanah diberikan ini, ada juga portfolio yang diberikan itu mempunyai kaitan dengan tugasan dan pengalaman mereka,” katanya ketika ditemui di Istana Arau di sini hari ini.

Terdahulu, empat ADUN dari Bersatu iaitu Izizam Ibrahim (Titi Tinggi),  Marzita Mansor (Sena); Megat Hashirat Hassan (Pauh) dan Wan Zikri Afhtar Ishak (Tambun Tulang) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Abu Bakar berkata, setiap portfolio tersebut juga telah dipersembahkan dan mendapat perkenan daripada Tuanku Syed Sirajuddin. 

“Saya harap empat Exco dilantik ini dapat bersama-sama berganding bahu bersama dalam meneruskan cabaran ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN