90 peratus sokong had tempoh jawatan Perdana Menteri

90 peratus sokong had tempoh jawatan Perdana Menteri

S. PUNITHA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majoriti rakyat berpandangan adalah wajar untuk tempoh jawatan Perdana Menteri dihadkan melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Pembangunan) BHEUU, Datuk S. Punitha berkata, kajian yang dilaksanakan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) itu mendapati hampir 90 peratus atau 89.9 peratus daripada 3,722 responden menyatakan persetujuan terhadap penetapan pengehadanan tempoh jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya, daripada jumlah responden itu hanya 8.27 peratus menyatakan tidak bersetuju dan 1.75 peratus tidak pasti sekali gus menunjukkan sokongan awam jelas terhadap usaha kerajaan memperkukuh prinsip akauntabiliti dan tadbir urus negara menerusi pembaharuan institusi.

“Dapatan sama turut menunjukkan majoriti responden memilih had dua penggal sebagai tempoh paling sesuai bagi jawatan Perdana Menteri iaitu sebanyak 62.25 peratus, berbanding 20.61 peratus yang menyokong had maksimum 10 tahun

“Hanya 8.06 peratus berpandangan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak perlu dihadkan, manakala selebihnya mencadangkan pilihan lain,” katanya ketika membentangkan kajian dapatan pada Sesi Dialog Awam Kerangka Akauntabiliti Madani: Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri di sini hari ini. 

Menerusi pembentangan itu, kajian tersebut mendapati dari segi kaedah pengiraan tempoh jawatan, 58.97 peratus responden menyokong pendekatan retrospektif, iaitu tempoh perkhidmatan sebelum pindaan Perlembagaan turut diambil kira, berbanding 35.46 peratus yang memilih pendekatan prospektif.

Kajian juga mendapati 67.60 peratus responden bersetuju tempoh jawatan Perdana Menteri dikira sama ada secara berturut turut atau tidak berturut turut, sekali gus menunjukkan keutamaan diberikan kepada had kumulatif berbanding kesinambungan jawatan semata-mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN