MELAKA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka merekodkan sebanyak 71 permohonan melibatkan pindaan status bangsa kepada Baba Nyonya pada kad pengenalan sejak inisiatif itu dilaksanakan. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Melaka, Mohd. Dzulkarnain Baharuddin berkata, daripada jumlah tersebut, 22 permohonan telah mendapat kelulusan manakala selebihnya masih melalui proses penelitian terperinci. “Setiap permohonan dinilai secara menyeluruh dengan mengambil kira dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pemohon. “Antara keperluan utama ialah bukti kukuh termasuk…










