466 anak yatim Covid terima bantuan persekolahan YKM RM300

466 anak yatim Covid terima bantuan persekolahan YKM RM300

ismail sabri
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 466 pelajar anak yatim dan yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19 menerima Bantuan Persekolahan berjumlah RM300 seorang disalurkan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) bermula hari ini.

Bantuan itu melibatkan pelajar berusia enam hingga 17 tahun bagi membantu menampung keperluan asas persekolahan termasuk pakaian seragam, buku, alat tulis dan kos pembelajaran lain.

Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyaluran bantuan tersebut mencerminkan komitmen berterusan yayasan itu dalam memastikan kebajikan serta masa depan pendidikan anak-anak yang terkesan akibat pandemik terus terpelihara.

Menurut beliau, pendidikan kekal sebagai teras utama perjuangan YKM dalam membantu golongan berkenaan keluar daripada kitaran kesukaran hidup.

“Mulai tahun ini, semua anak-anak YKM yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menerima tuisyen dalam talian secara percuma dan prestasi akademik mereka akan dipantau dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, selain bantuan kewangan, YKM turut menyediakan bimbingan dan program pembangunan bagi memastikan anak-anak terbabit tidak tercicir daripada sistem pendidikan.

Sehubungan itu, YKM menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak yang kehilangan ibu, bapa atau kedua-duanya akibat Covid-19 supaya tampil menghubungi yayasan tersebut bagi tujuan pendaftaran dan penilaian bantuan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web rasmi Yayasan Keluarga Malaysia atau talian rasmi YKM iaitu 01153421005.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN