345,259 pelajar mulakan sesi persekolahan 2026 di Kedah

345,259 pelajar mulakan sesi persekolahan 2026 di Kedah

SEBAHAGIAN murid yang memulakan sesi persekolahan tahun 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok di Changlun, Kubang Pasu hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 345,259 pelajar memulakan sesi persekolahan 2026 bermula hari ini, termasuk 29,004 murid tahun satu di seluruh negeri ini.

Pengarah Pendidikan Kedah, Abdul Rahim Mat berkata, sebanyak 753 sekolah beroperasi melibatkan 548 sekolah rendah dan 205 sekolah menengah.

“Ia melibatkan 598 sekolah kerajaan dan 155 bantuan kerajaan dengan 689 merupakan sekolah sesi pagi dan 63 sekolah dua sesi serta sebuah sekolah sahaja sesi petang. Kesemua sekolah beroperasi dengan baik setakat ini.

“Tahun ini terdapat sebuah sekolah baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baharu Sungai Lalang di Sungai Petani,” katanya dalam sidang akhbar sempena hari pertama persekolahan di Kolej Sultan Abdul Hamid, di sini.

PARA guru menunggu di hadapan pintu masuk sekolah bagi menyambut kehadiran murid yang memulakan sesi persekolahan tahun 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok di Kubang Pasu, hari ini. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

Abdul Rahim berkata, pembukaan sesi persekolahan turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menempatkan pegawai perhubungan sekolah (PPS) di semua sekolah.

“Setiap sekolah akan ada seorang pegawai bertujuan menyelaras segala perkara berkaitan agenda keselamatan sekolah dan ini menjadi agenda utama pendidikan untuk memastikan semua anak-anak belajar dalam suasana selamat.

“Kita juga mendapat garis panduan terutama berkaitan anak-anak yang berada di asrama untuk memastikan mereka selamat dan setiap sekolah akan mendapat khidmat nasihat daripada PPS terutama ketika berlaku jenayah,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN