20,000 guru baharu ditambah penuhi keperluan pendidikan negara

20,000 guru baharu ditambah penuhi keperluan pendidikan negara

Seramai 20,000 orang guru baharu akan diambil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar itu di sekolah seluruh negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 20,000 orang guru baharu akan diambil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar itu di sekolah seluruh negara.

Guru baharu itu akan dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, inisiatif pengambilan guru baharu itu merupakan sebahagian
persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Selain itu, katanya ia juga sebagai persiapan bagi menghadapi kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula tahun hadapan.

“Proses pengambilan guru baharu ini mendapat kerjasama penuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Gerak kerja yang telah dijadualkan seperti hebahan pengambilan guru yang dilaksanakan pada 23 Februari, selain permohonan dibuka (2-20 Mac 2026) dan proses saringan temuduga (27 April – 14 Mei),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azam berkata, bagi memastikan aspek kompetensi guru terpelihara, katanya, calon terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan.

“Inisiatif ini adalah cerminan komitmen berterusan kerajaan bagi meningkatkan mutu pendidikan negara demi manfaat anak-anak Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN