KANGAR: Prestasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi enam daripada 45 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak boleh dijadikan ukuran terhadap nasib parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, keputusan PRN Sabah tidak terlalu memberi kesan kepada sentimen pengundi di Semenanjung yang lebih menumpukan isu nasional. “Pada masa ini, kita tidak berupaya…











