Sejauh mana UMNO boleh bertahan di negeri Pahang?

Sejauh mana UMNO boleh bertahan di negeri Pahang?

SHARKAR SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), persoalan lebih besar, sejauh mana kerjasama Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan mampu mengekalkan penguasaan di Pahang ketika sokongan pengundi Melayu beralih?.

Ikuti temubual Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, DATUK SERI MOHD SHARKAR SHAMSUDIN bersama wartawan Mingguan Malaysia, ASLINDA NASIR.

MINGGUAN: Kerjasama UMNO-PH berjalan lancar?

MOHD. SHARKAR: Dari segi pentadbiran, kita melihat pre­stasi negeri Pahang berada dalam keadaan baik. Hasil negeri me­nunjukkan peningkatan dan tidak banyak isu kontroversi yang timbul. Ini menunjukkan kestabilan politik yang wujud memberi kesan positif kepada pengurusan dan pembangunan negeri.

Kita menghormati. Sebab tanpa mereka kita pun tak boleh lakukan kerjaan juga. So that’s why they have their role, we have our role.

Maksudnya UMNO selesa de­ngan kerjasama PH?

Untuk kerjasama ni, kita akan kerjasama hingga Pilihan Raya. Presiden pun sudah sebut kita akan bergerak solo. Maksudnya apa? Bergerak solo tidak bermakna kita tidak boleh bekerjasama.

Yakin BN kekal kerajaan ne­geri selepas PRU-16?

Naratif UMNO kena tukar, tidak boleh lagi cerita pasal nostalgia kejayaan lepas, kita kena cerita apa yang kita buat sekarang dan apa yang akan kita buat di masa akan datang. Sebab itu kita selalu buat perbandingan antara negeri di pantai timur. Kalau kita nak kemunduran, kita pilihlah bawa kemunduran. Kalau kita nakkan kemajuan, kita pilih pemimpin mahu kemajuan.

Sokongan Melayu beralih kepada Pas?

Semua orang tahu Pas tidak ada pemimpin, mereka tiada keyakinan untuk memimpin. Sebab itulah dulu Tengku Razaleigh Hamzah di luar UMNO, Pas bergabung dengannya. Kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim sebab nak jadikan Perdana Menteri, bergabung pula dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jadikan pula Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Sekarang nak jadikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula sebagai Perdana

Menteri. Setakat ini Pas belum berjaya lagi untuk dijadikan pemimpin tertinggi.

Pergelutan Pas-Bersatu beri kelebihan kepada UMNO?

Bersatu pun tidak boleh uruskan Pas, mereka tak boleh kawal pakatan mereka sendiri. Lihat apa yang berlaku di Perlis. Kita nak tunjuk pada rakyat negeri yang mereka pegang. Kita boleh lihat keikhlasan mereka. Sebab itu semakin berkecamuk mereka, maka cerah peluang BN menang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×