SEREMBAN: UMNO Bahagian Seremban hari ini menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenyataan beberapa pemimpin DAP yang disifatkan mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara parti kerajaan perpaduan. Memorandum berkenaan diserahkan ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Seremban dengan dihadiri lebih 40 orang wakil cawangan, jawatankuasa bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO daerah tersebut. Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Mazlan Maarop berkata, pendirian yang diambil pihaknya bukan bertujuan untuk mencetuskan konflik sebaliknya rasa…










