UMNO Sabah umum calon DUN Lamag 30 Disember - Utusan Malaysia

UMNO Sabah umum calon DUN Lamag 30 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO Sabah akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada 30 Disember ini.

Sebelum ini, anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naim Kurniawan diumumkan sebagai calon bagi PRK Parlimen Kinabatangan.

Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, belum ada keputusan dibuat sama ada Naim akan turut bertanding bagi DUN Lamaq.

“UMNO telah memberi kepercayaan kepada Naim untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kinabatangan. Bagi kerusi DUN Lamag pula, pengumuman calon akan dibuat pada 30 Disember ini dan sebelum bermulanya tahun hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jafry enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung calon yang bakal dipertaruhkan bagi kerusi tersebut.

Jafry berkata, UMNO Sabah akan mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2025 secara dalam ta­lian bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada kedua-dua PRK.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi memastikan jentera parti dapat memberi fokus sepenuhnya kepada persiapan PRK.

“Perhimpunan Agung UMNO 2025 tidak boleh ditangguhkan lagi memandangkan semua Bahagian UMNO di seluruh negara telah lama menyelesaikan mesyuarat masing-masing.

“UMNO Sabah akan memberi fokus sepenuhnya kepada PRK dan semua perwakilan dari Sabah akan mengikutinya secara dalam talian di Sabah,” katanya.

Pada Oktober lalu, UMNO menangguhkan Perhimpunan Agungnya ke 14 hingga 17 Januari 2026 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bagaimanapun, kematian Bung Moktar pada 5 Disember lalu membawa kepada PRK bagi kedua-dua kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 24 Januari manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal ditetapkan pada 10 dan 20 Januari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN