Umairah penerima anugerah termuda ABP, padam rekod Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Umairah penerima anugerah termuda ABP, padam rekod Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Umairah tidak menyangka bakal menggengam trofi Artis Baharu Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-37 pada usia 14 tahun.

Kemenangan Umairah atau Ummi Umairah Saiful Anuar sekali gus menjadikannya sebagai penerima trofi termuda ABP mengalahkan rekod yang dipegang ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Saya berterima kasih kepada semua yang mengundi. Pada usia 14 tahun, ini anugerah paling indah pernah saya dapat, memang tak pernah jangka pun.

“Tanpa sokongan semua, saya takkan berada di sini.

“Sebenarnya ini impian sejak kecil sebab saya memang minat menyanyi dan anugerah ini juga penghargaan untuk keluarga saya,” katanya.

Umairah ditemui Utusan Malaysia semasa sesi sidang media ABP di Hotel Premiera pada Jumaat.

Kongsi penyanyi Sayap itu lagi, sebenarnya sejak kecil dia mengidamkan trofi tersebut dan bersyukur kerana impian itu dalam dicapai pada usia semuda ini.

“Sejak saya kecil selalu tengok Mak Iti (panggilan kepada Siti Nurhaliza) dapat anugerah.

“Saya akan tarik tangan nenek dan tanya ‘bila kakak pula nak menang?’. Nenek selalu cakap, ‘Insya-Allah’.

“Alhamdulillah segala susah payah dari kecil yang saya lalui sampai sekarang, dapat anugerah ini,” katanya.

Terdahulu, kejayaan Umai menewaskan sembilan pencabar lain iaitu Aqeesh Aleeya, Arabella Ellen, Arena Wan, Auni Yusri, Marygrace, Qila Shahirah, Qistina Rania, Saidah Kamarudin dan Wanie Ooi.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza memenangi gelaran Bintang Paling Popular 1996 ketika berusia 17 tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN