PETALING JAYA: TQ WULING melancarkan model kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, TQ WULING Bingo EV, yang ditawarkan pada harga bermula RM67,800, sekali gus meletakkannya antara EV paling mampu milik di pasaran tempatan. Hatchback elektrik kompak yang dipasang secara tempatan itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Bingo PRO pada harga RM67,800 dan Bingo MAX pada RM72,800. Selepas rebat tunai istimewa, harga atas jalan (OTR) ditawarkan serendah RM62,800 bagi Bingo PRO dan RM67,800…









