PETALING JAYA: Esok, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman penjara di rumah (house arrest) adalah sah dan boleh dilaksanakan. Keputusan oleh Hakim Alice Loke Yee Ching dibuat hampir setahun selepas Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada Najib untuk meneruskan cabaran mengenai Titah tersebut selepas membenarkan rayuannya pada 6 Januari lalu. Sekiranya Titah Adendum atau perintah tambahan…










