PEJABATNYA di bangunan komersial Simpang Kuala, Alor Setar ini tidak putus kunjungan penduduk yang datang dengan pelbagai keluh kesah termasuk isu rumah tangga, jiran-jiran bertegang urat sehingga individu yang mempunyai sakit mental. Demikianlah, di sebalik tugas hakiki yang sinonim dengan jawatannya sebagai wakil rakyat yang turun padang menyelesaikan masalah rakyat, beliau juga layak bergelar pakar kaunseling. Itu belum sederet permasalahan lain yang sering mendatangi wakil rakyat sepertinya termasuk longkang tersumbat,…










