PETALING JAYA: Tiada keperluan untuk menetapkan sebarang had maksimum kutipan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah ketika ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kadar sumbangan yang diputuskan adalah hasil persetujuan bersama ahli PIBG melalui mesyuarat yang dilaksanakan pada setiap tahun. Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited memastikan murid menerima kemudahan terbaik di sekolah bagi menjamin mutu pengajaran dan pembelajaran. Penubuhan PIBG memainkan peranan penting dalam usaha ini…










