Thailand dan Kemboja perlu belajar dari tiga negara ASEAN 

Thailand dan Kemboja perlu belajar dari tiga negara ASEAN 

PENDUDUK yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara di wilayah Sa Kaeo, Thailand.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEJAYAAN Malaysia dalam menyelesaikan pertikaian antara dua negara ASEAN iaitu Thailand dan Kemboja menerusi Perjanjian Damai KL tidak kekal lama selepas pemimpin kedua-dua negara tersebut membuat keputusan untuk tidak lagi berunding. 

Sebenarnya, pertikaian ini bukan benda baharu. Pada tahun 1962 Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menyerahkan kawasan Preah Vihear kepada Kemboja, namun keputusan tersebut tidak dapat di­terima Thailand. 

Bagaimanapun pada 2013, ICJ sekali lagi memberi pengikitrafan kepada Kemboja dan negara gajah putih itu tetap dengan keputusan sama serta enggan berganjak. 

Kalau di atas kertas, wilayah berkenaan menjadi milik Kemboja secara sah daripada sudut undang-undang. Namun, di sebalik keputusan itu, warga Thailand hakikatnya masih boleh masuk ke kawasan berkenaan untuk beribadat. Itu situasi menang-menang.

Tapi apa menjadi masalah apabila kawasan yang dianggap suci bagi kedua-dua negara itu telah dijadikan modal ahli politik Kemboja dan Thailand untuk meraih sokongan rakyat. 

Sepatutnya dua negara ini perlu belajar dari Malaysia, Indonesia dan Filipina apabila menyentuh soal tuntutan di wilayah bertindih, contohnya dalam isu tuntutan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan melibatkan Malaysia serta Indonesia sebelum ini.

Kedua-negara buntu mencari penyelesaian. Namun kes  difailkan di ICJ pada tahun 1997 dan keputusan pada tahun 2002 akhirnya memihak kepada Malaysia tanpa ada pertikaian.

Pedra Branca tidak terkecuali dan menjadi milik Singapura secara sah pada 2008.

Filipina juga mempunyai pengalaman sama pada 2016 apabila Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA) memutuskan untuk memihak kepada mereka dalam isu Laut China Selatan dan menolak tuntutan China.

Ini sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam isu pertikaian di sana biarpun China sehingga kini masih enggan mengalah. Justeru, Thailand dan Kemboja perlu belajar dari negara ASEAN lain. 

Secara kesimpulannya, wujudkan satu perjanjian mengikat bersama undang-undang, berlapang dada dengan setiap keputusan dan paling penting segalanya perlu bersandarkan pada situasi menang-menang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN