SHAH ALAM: Penangguhan pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), kemudahan infrastruktur awam seperti di jajaran Seksyen 3, Kampung Jawa baru-baru ini memberikan kesan kepada kos projek secara keseluruhan. Pengurusan WCE Sdn. Bhd. berkata, penangguhan hingga 20 bulan di kawasan berkenaan memberi implikasi kos yang ketara selain menjejaskan keselamatan, produktiviti dan imej pelaburan. Katanya, ia mengakibatkan peningkatan kos bahan binaan, kos kontraktor, perbelanjaan pentadbiran tambahan akibat tempoh pembinaan lebih lama serta…










