PETALING JAYA: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berpendirian semua perkara berkaitan kepimpinan hendaklah ditangani selaras dengan Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) dan mekanisme gabungan sewajarnya. Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, pihaknya sebagai rakan komponen dalam PN sedang mengikuti perkembangan dalaman gabungan kebelakangan ini, termasuk isu pelantikan Menteri Besar Perlis serta peletakan jawatan oleh beberapa pemimpin utama gabungan tersebut. Katanya, Gerakan menghormati proses kolektif dalam PN dan yakin…










