SEREMBAN: Malaysia masih menunggu keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berkenaan penambahan kuota jemaah haji dari negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, permohonan rasmi telah dikemukakan mengenai penambahan kuota itu namun maklum balas belum diterima. “Buat masa ini belum ada sebarang maklum balas dan kami tidak dapat menjangkakan bila keputusan itu akan dibuat. Kami sudah memohon, namun keputusan sepenuhnya terletak kepada kerajaan…










