KUALA LUMPUR: Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta supaya dirinya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kenyataannya mengenai latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Masjid Rusila, Terengganu yang disamakan dengan peristiwa Memali. Membangkitkan kes terdahulu, Takiyuddin berkata, kerajaan pada 2010 membawa usul terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada ketika itu merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh berhubung kenyataan mengenai pelaksanaan dasar 1Malaysia yang disamakan dengan…










