PETALING JAYA: Sebarang keputusan sama ada MIC terus kekal atau keluar daripada Barisan Nasional (BN) hanya akan dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden MIC, Tan Sri S. Vikneswaran berkata, perkara tersebut memerlukan perbincangan secara menyeluruh dan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa. Ini kerana menurutnya ia melibatkan masa depan parti serta kepentingan ahli di peringkat akar umbi. Katanya, MIC mengamalkan prinsip demokrasi dalaman dan…










