KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih 231 pingat pada temasya Sukan SEA 2025 di Thailand. Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen dan semangat juang tinggi dipamerkan barisan atlet negara sepanjang berlangsungnya temasya berkenaan. Seri Paduka Baginda juga berkenan menzahirkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negara (MSN), barisan jurulatih, pegawai serta semua pihak…










