TANAH MERAH: Seorang lelaki yang bertindak menikam isterinya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini, hari ini sempat mengambil salah seorang anaknya di sekolah sebelum menyerah diri kepada pihak polis. Suspek berusia 63 tahun itu dilapor datang sendiri ke balai polis dan mengaku telah membunuh isterinya Mastura Abdullah, 40. Menurut adik kepada Mastura, Mohd. Jony Abdullah, 30, kejadian tersebut diketahuinya dan keluarga serta jiran tetangga selepas…










