PETALING JAYA: Kegagalan suami memenuhi nafkah batin akibat kecenderungan seksual songsang dikenal pasti antara punca yang semakin kerap menjadi asas tuntutan penceraian dalam kalangan pasangan muda di negara ini. Peguambela dan peguamcara, Nurul Qurratul Aini Md Roslan berkata, isu itu lazimnya tidak diketahui isteri pada awal perkahwinan kerana pasangan lelaki bernafsu sejenis cenderung menyembunyikan kecenderungan sebenar mereka. Katanya, ramai lelaki berjanji untuk berubah atau menganggap perkahwinan mampu ‘menormalkan’ diri mereka,…










