STAR umum sokong Kerajaan Perpaduan Sabah namun kekal sebagai pembangkang

STAR umum sokong Kerajaan Perpaduan Sabah namun kekal sebagai pembangkang

JEFFREY KITINGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) secara rasmi menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan negeri yang dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presidennya, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kehendak majoriti ahli dan ketua-ketua bahagian yang mahukan kestabilan politik demi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.

Katanya, situasi politik selepas pilihan raya menyaksikan GRS tidak memperoleh kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian, sekali gus memerlukan kerjasama lebih luas bagi mengekalkan keutuhan pentadbiran.

“GRS mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan demi kestabilan politik yang turut menjadi kehendak STAR.

“Oleh itu, adalah wajar untuk menyokong kerajaan perpaduan ini. Pilihan raya sudah selesai dan kini tiba masanya untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Jeffrey berkata, keputusan tersebut tidak bermaksud STAR mengabaikan asas perjuangannya.

Katanya, parti itu kekal konsisten memperjuangkan hak Sabah tanpa mengira sama ada berada dalam kerajaan atau pembangkang.

“Bagaimanapun, kedudukan STAR sebagai pembangkang kekal tidak berubah walaupun seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu, Datuk Ishak Ayub dilantik sebagai pembantu menteri.

“Kita bukan berada dalam GRS, tetapi kita membantu GRS membentuk kerajaan perpaduan demi kestabilan politik selepas Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) kerana itu yang rakyat mahukan berdasarkan keputusan pilihan raya,” katanya.

Sebelum ini, ADUN Karambunai, Datuk Dr Aliakbar Gulasan menyatakan pendiriannya untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Aliakbar yang juga Pesuruhjaya Pas Sabah berkata, pimpinan Perikatan Nasional (PN) telah menyerahkan kepada Pas untuk menentukan arah sokongan parti di negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN