PETALING JAYA: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) secara rasmi menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan negeri yang dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presidennya, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kehendak majoriti ahli dan ketua-ketua bahagian yang mahukan kestabilan politik demi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar. Katanya, situasi politik selepas pilihan raya menyaksikan GRS tidak memperoleh kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian, sekali gus memerlukan kerjasama lebih…










