PETALING JAYA: Sebanyak lima cadangan penambahbaikan tatakelola telah dibentangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) berhubung isu Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (RMSMJ) yang tidak diduduki walaupun telah siap dibina. Cadangan pertama ialah menambah baik butiran kriteria penerima, antaranya menetapkan pemohon mestilah Ketua Isi Rumah (KIR). Selain itu, rumah daif yang telah diluluskan permohonannya perlu dirobohkan selepas rumah baharu siap dibina, manakala…










