KAJANG: Serbuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas premis memproses dan menyimpan dadah didalangi sindiket antarabangsa menerusi Op Gaharu 2.0 berjaya membongkar pusat panggilan penipuan dalam talian dijalankan sindiket sama di daerah ini, 21 Disember lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya percaya sindiket didalangi warga Asia Timur tersebut turut menjalankan kegiatan penipuan dalam talian di negara ini. “Dalam serbuan itu, seramai…










